LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Umum
 



this with your friends
Tanbihul Ghafilin: Peringatan Bagi Yang Lupa Jilid 1 & 2 **
by author ABU LAITS AS-SAMARQANDI, ,

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan sifat semula jadi iaitu bertabiat resah gelisah lagi bakhil kedekut. Apabila ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. Dengan sifat dan tabiat ini sekiranya Allah berikan kepadanya pelbagai kenikmatan dunia maka dengan mudahnya ia lupa, sombong bahkan berasa takbur seakan-akan ia merupakan kejayaan yang datang atas hasil jerih payahnya sendiri. Makhluk bernama manusia ini tidak sedar bahawa segala nikmat yang diberi oleh Allah SWT merupakan kurniaan yang hendaknya digunakan untuk kemaslahatan dan kebaikan semata.

Walaupun demikian, sifat dan tabiat buruk ini tidak berlaku atau ianya dikecualikan bagi mereka yang sentiasa tetap dalam mengerjakan solat, mereka yang mengasingkan bahagian hartanya kepada orang-orang yang maklum iaitu untuk orang miskin yang meminta dan menahan diri. Dan mereka yang percayakan hari pembalasan dengan mengerjakan amal-amal soleh sebagai bukti, dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya serta menjaga kehormatannya.

Status : In Stock
Retail Price : RM70.00
Now Offer : RM70.00

ISBN:
9789839395747
Category:
Umum
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2023
Publisher :
PUSTAKA JIWA
Pages:
1030
Dimensions (mm):
190 x 267 x 41
Weight:
1.50

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1