LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Games  
Others  
Stationery  
Choose your Book Malay Books Agama Fiqh
 



this with your friends
Ensiklopedia Imam Al-Syafie: Jilid 1 #
by author DR. AKRAM YUSUF UMAR AL-QAWASIMI, ,

Nama penuh Imam AI-Syafie ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abbas ibn Usman ibn Syafie ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutalib ibn Abdu Manaf. Nasab keturunan beliau bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W: melalui datuk baginda Abdul Manaf dan melalui nasab ibu kepada Imam Syafie, Fatimah binti Abdullah ibn Hasan ibn Hussin ibn Ali ibn Abi Talib, dilahirkan dalam tahun 150 H di Ghazzah, Palestin. Hubungan nasab ini diakui jumhur ulamak. Beliau membesar di dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal ketika Imam Syafie masih kecil lagi. Ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawanya ke Kota Mekah untuk menemui saudara mara beliau dari keturunan yang dihormati. Imam al-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanok lagi. Ketika Imam Syafie berumur 7 tahun, beliau telah pun menghafaz Al-Quran dan selepas itu beliau menghafaz pula hadis-hadis Rasulullah S.A.W. Imam Syafie juga menguasai ilmu Bahasa Arab fushah. Di usia mudanya, beliau menuntut ilmu dari ramai fuqaha' di Mekah sehinggakan beliau diminta untuk memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah agama.

Imam al-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.Imam al-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegangakuat pada AI-Quran, hadis, Ijmak Ulama, Qias dan Masalih AI-Mursalah. Pendapat Imam al-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum. Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usul fikah; kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hukum daripada Al-Quran dan hadis. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang memberi sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.

Buku ini mengumpulkon ensiklopedia lengkap kehidupan Imam al-Syafie yang merangkumi seluroh hidup dan perkembangannya, keilmuan beliau yang merangkumi disiplin ilmu yong dikuasai dan metodologi yang digunakan, karya ilmiah peninggalan beliau, sejarah perkembangan mazhab Syafie, dan istilah mazhab Syafie serta penggunaannya dalam karya ilmu Fiqh dan Usul. Ensiklopedia ini perlu dibaca dan dimiliki oleh para pembaca supaya kita semua dapat mencontohi semangat dan usaha bersungguh-sungguh seorang tokoh yang hebot ini dalam menuntut dan mengembangkan ilmu pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan Ilmu Fiqh dan Usul al-Fiqh secara keseluruhannya.

Status : In Stock
Retail Price : RM60.00
Now Offer : RM60.00

ISBN:
9789673681259
Category:
Fiqh
Format:
KULIT TEBAL
Publication Date:
2012
Publisher :
AL-HIDAYAH
Pages:
591
Dimensions (mm):
187 x 261 x 32
Weight:
1.20

 

Related Products
You have an error in your SQL syntax; check the manual that corresponds to your MariaDB server version for the right syntax to use near 'UNION SELECT REFNO, PRODCODE, DESCRIPT, PRICE, AUTHOR, IMAGE, MDATE, BSTATUS...' at line 1