LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Choose your Book Malay Books Perniagaan/Pengurusan Pengurusan Sumber Manusia
 



this with your friends
Kaunseling di Tempat Kerja ~
by author HAMDAN ABD. KADIR, ,

Kaunseling di tempat kerja telah menjadi satu isu hangat dan kemestian di bidang industri dan organisasi komersial, terutamanya di kalangan negara maju. Di Malaysia, perkhidmatan kaunseling di tempat kerja terus berkembang sejajar dengan perkembangan industri di negara ini. Memang tidak dapat dinafikan setelah memasuki era moden kehidupan masyarakat dunia telah banyak berubah daripada pelbagai segi. Selanjutnya, perubahan ini turut mencetuskan pelbagai kompleksiti dan masalah akibat daripada tekanan yang dihadapi individu daripada pelbagai aspek, termasuklah tekanan di tempat kerja. Justeru, buku ini menyorot beberapa permasalahan pekerja yang terdapat dalam industri yang diubahsuai dan ditokok tambah menjadi sebahagian daripada perkhidmatan kaunseling dalam sektor industri.

Dalam sektor industri lazimnya, kaunselor adalah di kalangan penyelia organisasi tersebut. Oleh itu, kaunselor perlulah memiliki kemahiran kaunseling; bijak menggunakan kemahiran, peralatan, dan teknik atau pendekatan yang bersesuaian dengan klien sebelum menjalankan sesuatu sesi kaunseling. Perkara asas ini penting diaplikasi oleh kaunselor untuk menjadikan sesi kaunseling yang dijalankan berjaya dan klien dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya setelah diberikan alternatif penyelesaian.

Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk pengurus dalam organisasi atau sektor industri, majikan, pekerja, pelajar di pusat pengajian tinggi, pensyarah, guru, ibu bapa, dan para pembaca yang berminat untuk mendalami kaunseling dalam bidang industri.

Status : Out of Stock
Retail Price : RM35.00
Now Offer : RM35.00

ISBN:
9789835207099
Category:
Pengurusan Sumber Manusia
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2012
Publisher :
PENERBIT UTM
Pages:
382
Dimensions (mm):
153 X 229 X 18
Weight:
0.50

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved