
|
Kesihatan Wanita: Kenapa Kacip Fatimah? *
by author INTAN IDIANA HASSAN,
NIK HAZLINA NIK HUSSAIN,
Sekiranya tongkat ali dianggap sebagai raja ubat, tonggak kekuatan dan kegagahan golongan lelaki, begitulah juga dengan kacip fatimah pemelihara kesihatan dan keintiman wanita. Khasiat dan kehebatan kacip fatimah berupaya memberikan rawatan pada kesihatan dalaman dan luaran wanita. Malahan, kesihatan wanita seolah-olah dipelihara oleh kebaikan kacip fatimah. Tidak mustahil kacip fatimah dijadikan resipi kebahagiaan rumah tangga, agar hubungan suami isteri menjadi lebih bermakna dan berseri lagi.
Buku ini memberikan maklumat tentang pertumbuhan kacip fatimah, penggunaan dan khasiatnya mengikut pengamal perubatan tradisional Melayu. Selain itu, usaha penanaman prakomersial telah membuka laluan yang lebih luas bahawa penghasilan produk kacip fatimah berteknologi mampu menjana ekonomi negara. Penemuan kebaikan berdasarkan kajian saintifik yang telah dibuktikan oleh pakar penyelidik perubatan memberikan nilai tambah kepada kacip fatimah.
|
Status : In Stock
Retail Price : RM20.00
Now Offer : RM20.00
ISBN:
9789834612689
Category:
Kesihatan
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2013
Publisher :
DBP
Pages:
81
Dimensions (mm):
154 x 228 x 6
Weight:
0.30
|