LOGIN   |   Forgot Password   |   Sign Up   
0 items
Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ
Choose your Book
Malay Books  
English Books  
Indonesia  
Choose your Book Malay Books Komputer Grafik
 



this with your friends
Berkarya Secara Digital Dengan Adobe Photoshop ~
by author CHANG HON WOON, ,

Buku Berkarya Secara Digital Dengan Adobe Photoshop memberikan tumpuan khusus kepada penggunaan perisian pengedit grafik canggih Adobe Photoshop untuk menghasilkan dengan menggunakan alat tetikus sahaja. Buku ini mengandungi topik-topik yang menerangkan secara mudah dan terperinci tentang fungsi, serta cara penggunaan alat dalam perisian Adobe Photoshop. Buku ini juga mengandungi 31 projek grafik digital yang lengkap dengan penjelasan tentang kaedah penghasilannya. Adobe Photoshop merupakan salah satu perisian pengedit imej canggih yang diperkenalkan sejak tahun 1990. Perisian ini berguna untuk kerja mengedit gambar, serta menghasilkan hasil karya grafik untuk tujuan komersial. Bidang penerbitan, pengiklanan, fotografi dan reka bentuk grafik banyak menguna pakai perisian ini. Penuntut-penuntut di IPTA dan IPTS yang mempelajari bidang seni reka perlu tahu bagaimana menggunakan perisian pengedit imej seperti Adobe Photoshop kerana aplikasinya dalam dunia pekerjaan masa kini amat luas sekali. Buku ini memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada mereka yang berminat untuk mempelajari cara-cara menggunakan perisian Adobe Photoshop secara berkesan. Bahasa yang digunakan adalah mudah dan penjelasan langkah demi langkah tentang cara-cara menghasilkan projek-projek grafik digital boleh membantu pembaca menguasai kemahiran menggunakan perisian tersebut dengan baik. Dengan membaca penerangan, bereksperimen dan membuat latihan sambil mengikuti langkah-langkah penghasilan contoh projek-projek grafik, para pembaca akan memperoleh pengetahuan, serta kemahiran menggunakan perisian tersebut dengan cepat dan berkesan.

Status : In Stock
Retail Price : RM15.00
Now Offer : RM15.00

ISBN:
9789834602772
Category:
Grafik
Format:
KULIT NIPIS
Publication Date:
2009
Publisher :
DBP
Pages:
83
Dimensions (mm):

Weight:
0.30

 

Related Products




 

 

Recently Viewed




 

Home News & Activities About Us Membership Job Opportunities Store Location Contact Us FAQ View Cart

 

 

Copyrights. All Rights reserved